Ada dua orang sahabat lelaki dan perempuan yang sangat rapat. Mereka selalu berbual melalui telefon dan sms setiap hari sehingga tiada hari di mana mereka tidak akan berbual. Dan kerana terlalu rapat, akhirnya terhasillah bibit-bibit 'sinta' daripada perempuan tersebut.
Suatu hari, satu perkara pelik telah berlaku. Si lelaki langsung tidak menelefon dan sms si perempuan. Oleh kerana terlalu risau, maka si perempuan pun menghubungi si lelaki.
Namun, respon lelaki itu sungguh pelik. Bila si perempuan tanya keadaannya, si lelaki hanya menjawab "okey" dan kurang bercakap lalu meminta untuk mematikan telefon dengan alasan 'ada urusan'.
Oleh kerana si lelaki memberitahu dia ada 'urusan', maka si perempuan pun faham dan tidak menganggunya lagi.
Seminggu sudah berlalu, si lelaki masih belum menguhubungi perempuan itu semula. Apabila perempuan itu menelefonnya, berbagai alasan yang diberikan oleh si lelaki. Setiap kali dia menghantar sms, si lelaki akan membalasa dengan kata-kata yang ringkas dan kadangkala, tidak membalasnya langsung.
Ikutkan hati, mahu sahaja si perempuan itu ke rumah si lelaki namun dia berfikir, kalau lelaki itu mengelaknya lagi apabila dia di rumah, pasti lebih memalukan. Akhirnya, mulalah terguris hati si perempuan akibat layanan si lelaki.
Hatinya bertambah parah apabila mendapat tahu si lelaki melayan rakan-rakannya yang lain seperti biasa tidak seperti dia melayan si perempuan. Ini membuatkan si perempuan berasa kecewa dan menangis seorang diri di biliknya.
Akhirnya, kerana terlalu kecewa, si perempuan pun cuba untuk membunuh diri (tapi ndaklah juga dia ambil lagi gambar lepastu kasi upload di pesbuk) dengan terjun dari sebuah bangunan. Mujur, si perempuan ini 'babal' juga sikit-sikit kerana terjun dari tingkat 3 sedangkan bangunan itu ada 10 tingkat menyebabkan dia selamat namun parah kerana 'landing' di tempat yang berbatu-batu.
(Perenggan seterusnya mungkin bikin bingung sikit. Skip seja kalau bingung. Anggap seja ni Bonus)
Malamnya, kecoh di alam maya tentang berita seorang gadis cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga. Webmasters dan bloggers pula melihat kes ini sebagai 'kesempatan' untuk menulis cerita hangat di blog dan laman web mereka. Mereka pun menulis artikel pasal kes si gadis itu dan meletakkan tajuk yang 'melampau' seperti "KECOH, Gadis Ini Cuba Bunuh Diri Tapi Tengok Apa Yang Terjadi....Korang Pasti Menangis"... oh, ada juga yang tulis "Akibat Yahudi, Gadis Ini Cuba Membunuh Diri" dan bermacam lagi. (macam seja kamurang inda tau internet macam mana)
Selepas kejadian itu, si perempuan itu kini sedang koma dan lemah jantung. Apabila dia terjaga di hospital, dia dapat melihat ahli keluarganya sedang mengelilinginya. Ibunya kelihatan gembira melihat anaknya sudah terjaga. Si perempuan tahu ibunya pasti menangis dengan sangat lama kerana mata ibunya kelihatan bengkak. Bapa si perempuan pula cuba menjadi 'lelaki' dengan tidak menangis namun di matanya kelihatan air mata seorang bapa yang sedang ditahan daripada keluar. Saudara-mara serta rakan-rakannya juga ada.
Namun, si lelaki sahaja yang tiada. Sudah tentu, si perempuan sedikit kecewa dan mula membenci lelaki itu.
Setelah beberapa minit, ahli keluarga si perempuan diminta untuk beredar. Sebelum beredar, ibu si perempuan sempat berjanji untuk melawatnya esok.
Malamnya, ketika si perempuan sedang lena tidur, tiba-tiba dia didatangani dan dikejutkan oleh seseorang. Orang itu, adalah lelaki tersebut. Ya, lelaki yang cuba mengelaknya sebelum ini. Dia secara senyap-senyap masuk ke wad perempuan itu melalui tingkap.
Memandangkan si perempuan sudah sedikit benci akan lelaki itu, dia pun cepat-cepat berpaling muka dan merajuk. Sudah tentu, lelaki itu faham mengapa dia merajuk. Si perempuan pun mula bertanya, "kenapa lagi kau datang sini? Bukan kau ada 'urusan' yang telampau penting di dunia kah sampai ndak mau becakap sama sia?".
Si lelaki menjawab, "Janganlah bah begitu. Kau inda nampak ka sudah jadi Spider-Man ni mau panjat pigi kau punya wad? Ni tandanya sa masi sayang lagi sama ko. Ko pikir kalau sa tejatuh, sa buli idup lagi macam ko? Tinggi baitu".
Si perempuan dengan marahnya namun berbisik segera membalas kata-kata si lelaki, "sapa suruh ko buduh! Tadi siang ndak ko jumpa sia. Mo juga malam-malan bejumpa macam pengait. Ko bilang ko masi sayang sama sia? Jadi kanapa ko mengelak sa dulu? Kah ko lagi sayang 'urusan' ko tu daripada sia?", si perempuan mula menitiskan air mata.
Si lelaki menghembuskan nafas. "Ko nda tau kah masa ko koma, sa ari-ari lawat ko? Ko ja ndak tau".
Si perempuan pun mula melihat wajah 'semboy' si lelaki. Kini, si perempuan mula keliru.
"Kalau ko ari-ari lawat sia, kenapa ko teda masa femili sa datang tinguk sa?", tanya si perempuan.
"Sebab sa ada benda mo kestau ko. Tapi, sa belum sedia kestau depan mama bapak ko. Kalau ko mo tau, benda yang sa mo kestau ko ni lah sebab kanapa sa jarang becakap sama ko", jawab si lelaki.
Si perempuan terdiam. Dia langsung tidak mengeluarkan sebarang suara kecuali muka 'blurr'. Tiba-tiba, si lelaki memegang tangan si perempuan. Sentuhan daripada si lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup kencang dan memerahkan mukanya. Si lelaki itu pula mula trip macho (yang bikin urang lain bilang "puih!") dan memberitahu sesuatu kepada si perempuan...
"Kalau ko mo tau, masa ko koma, sa ada kasi tinggal sesuatu untuk ko di bawah bantal. Ko tinguklah. Nah, sa kasi tinggal ko 'torchlight' kicik supaya sinang ko baca", kata si lelaki sambil menghulurkan sebuah lampu picit saiz ibu jari.
Si lelaki pun melepaskan genggamannya lalu beredar melalui tingkap. Entah apa yang terjadi atau dipijaknya apabila dia menjerit "adui! Kiayam ko!" semasa di sedang turun dari wad si perempuan. Walaubagaimanapun, si lelaki selamat. Huhu.
Sebaik sahaja si lelaki sudah jauh, si perempuan pun memeriksa bawah bantalnya dan terjumpa sekeping kertas. Di dalam kertas itu, tertulis senarai iaitu...
1. Baras wangi.
2. Kolget.
3. Tiger.
4. Ikan masin.
5. Kangkung.
6. Talur.
7. relod maxis.
8. ikan basung.
9. era.
10. neskepe.
2. Kolget.
3. Tiger.
4. Ikan masin.
5. Kangkung.
6. Talur.
7. relod maxis.
8. ikan basung.
9. era.
10. neskepe.
Pada mulanya si perempuan keliru mengapa si lelaki memberikannya nota yang pelik. Hampir seminit, barulah dia tersedar rupa-rupanya dia terbaca di bahagian yang salah dan segera menterbalikkan/menerbalikkan (antah lah mana satu) kertas itu. Di bahagian belakang kertas itu, ada sebuah nota yang berbunyi...
"Kepada (taruh nama sendiri), pertama kali sa mo cakap, sa mo minta maaf sebab ndak banyak layan ko. Sa ndak layan ko bukan sebab sa benci ko atau ndak suka ko atau pun sa ada urusan. Tapi sebab sa mula rasa satu perasaan yang pelik tapi indah. Sa mula tertarik dengan ko. Dan akhirnya, sa pun mula jatuh sinta sama ko. Bila sa sedar ko bertakhta di hati sia, sa pun malu mo becakap sama ko. Itulah sa ndak berani mo cakap sama ko. Ya, mimang macam buduh jugak lah. Sa SPM pun bukan ada 'A'. Tapi, sa ada keraja yang buli tampung kita dua. Sa sudah ada rumah sendiri walaupun bukan rumah banglo. Sa mo kestau ni tapi sa ndak berani, tu lah sebab sa kasi tau pakai surat.
Patutnya lama bah sudah sa kestau ko ni tapi sa palui. Ndak berani. Sampai la tebaca di berita ko masuk hospital terus jantung sa mo tecabut ni. Sa takut bila ko 'pergi', ko akan membawa separuh daripada nyawa sia". Tapi duktur bilang ko ada harapan selamat, jadi sa pun tulis ni surat, dan memberanikan diri pigi wad ko malam-malam untuk tapuk ni surat di bawah bantal ko masa ko koma. Walaupun sa kena bubut anjing masa balik, tapi sa rasa lega jugalah sebab sudah buat apa yang patut.
Tapi, tujuan sa tulis ni surat bukan mo kasi cerita sa ni buduh atau kena bubut anjing. Sa mo tanya ko satu benda...
SUDIKAH KAU MENJADI BINIKU?"
Setelah membaca surat itu, si perempuan pun terasa terharu dan gembira. Sudah tentu dia akan menjawab "sudi". Dia berasa terlalu teruja sehingga terkena serangan jantung dan mati. Si lelaki pula mati bunuh diri setelah dapat tahu si perempuan mati. Pengajarannya, kalau suka sama sumandak/tanakwagu, jangan tahan lama-lama. Luahkan saja.
Buli la bah kah? Kasi share lah di pesbuk kalau kamurang mau. Tinggal Klik Sini seja.
Buli la bah kah? Kasi share lah di pesbuk kalau kamurang mau. Tinggal Klik Sini seja.

No comments:
Post a Comment